
Abd Hamid Bin Ali
Biography
N.29 MAHKOTA • JOHOR. Berusia 55 tahun, Hamid ialah seorang penggiat masyarakat yang tidak asing di sekitar Kluang. Pemegang Diploma Perakaunan dari Politeknik Ungku Omar, Hamid mempunyai pengalaman selama 27 tahun dalam sektor swasta sebagai pegawai perakaunan, pemasaran dan pengurusan sebelum berkecimpung dalam aktiviti masyarakat. Jawatan terakhir beliau di sektor swasta ialah sebagai Pengurus Pemasaran dan Pentadbiran di PT Sumber Energi Alam Lestari, sebuah syarikat yang mengendalikan perlombongan arang batu di Kalimantan Tengah, Indonesia. Selepas bersara dari sektor swasta, antara tahun 2018 hingga 2022, beliau menjadi pegawai khas kepada Allahyarham ADUN Mahkota pada ketika itu dan banyak berurusan dengan penduduk di sekitar Mahkota. Selain itu, Hamid juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Gerak Mesra Mahkota, sebuah NGO kemasyarakatan setempat.