
Dr. Tew Chian How
Biography
N.52 SENAI • JOHOR. Berumur 37 tahun, Tew Chian How kini berkhidmat sebagai Ketua Operasi Rantau Asia Pasifik bagi MELAG, sebuah syarikat peranti perubatan antarabangsa yang berpangkalan di Jerman. Beliau merupakan penerima biasiswa JPA selepas SPM dan melanjutkan pendidikan ijazah di Jerman. Selain bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris, beliau juga fasih berbahasa Jerman. Chian How memperoleh Ijazah Kejuruteraan Perubatan dari Hochschule Villingen-Schwenningen, Jerman. Beliau juga melanjutkan pendidikan dalam bidang pengurusan dan memegang ijazah Doctorate of Business Administration dari L’Institut Pour l’Expertise, Management School, Paris. Sebagai Ketua Operasi Rantau Asia Pasifik di MELAG, beliau mempunyai pengalaman luas berurusan dengan sektor perubatan awam dan swasta di rantau Asia. Chian How tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum ini. Beliau merasa terpanggil untuk menyumbang khidmat dan kepakaran beliau kepada rakyat melalui BERSAMA, bagi menyahut seruan agar golongan profesional tampil menjadi calon pilihan raya dan membawa perubahan dalam budaya politik negara.
Declared assets· RM 2,404,712
- Jam tangan, hadiahRM 20,000
- Hutang hartanah kepada bankRM 1,000,000
- Hutang kenderaan kepada bankRM 598,000
- Pendapatan bulanan gajiRM 30,000
- Pendapatan bulanan komisi penjualanRM 20,000
- Perbelanjaan bulanan insurans (keluarga)RM 6,000
- Perbelanjaan bulanan sekolah anakRM 2,500
Auto-extracted from the official asset declaration. view original