HJ SAUDI BIN SUHAILI
Constituencies (0)
Electoral track record
| Year | Party | Votes | % | Majority | Result |
|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | INDEPENDENT - SPECTACLES | 69 | — | — | Lost |
Connections (5)
News sentiment over time
324 mentions across 3 months
News mentions
Trump says Iran facing ‘last chance before decapitation’
Trump says Iran facing ‘last chance before decapitation’
Why you’re seeing this: Mentions HJ SAUDI BIN SUHAILI
TH lancar Haji Lestari fasa 2, berjaya kumpul 4,000kg kain ihram
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan fasa baharu Program Haji Lestari yang akan memberi manfaat kepada bakal jemaah haji negara setelah berjaya mengumpulkan hampir 4,000 kilogram (kg) kain ihram terpakai di Tanah Suci. Kain ihram yang terkumpul telah diserahkan kepada Thoub Al-Ataa Charity Association, sebuah entiti yang dilesenkan oleh National Center for Waste Management, Arab Saudi untuk diproses melalui kaedah kitar semula terkawal yang selamat dan sistematik. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, sambutan terhadap inisiatif tersebut ketika musim haji baru baru ini amat menggalakkan apabila lebih 1,700 kg kain ihram berjaya dikumpulkan di Mina dan lebih 2,000 kg lagi di Makkah, Arab Saudi. “Kejayaan Haji Lestari Fasa 1 membuktikan kesedaran para jemaah haji Malaysia terhadap kepentingan kelestarian semakin meningkat. “Kain ihram yang dikumpulkan akan dikitar tinggi menjadi produk baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat serta bakal jemaah haji pada musim akan datang,” katanya dalam kenyataan. Haji Lestari Fasa 2 akan memberi tumpuan kepada pengumpulan kain ihram terpakai di Malaysia untuk diproses melalui kaedah kitar tinggi. Ia bagi menghasilkan pelbagai produk bernilai tambah seperti sejadah mini dan beg serbaguna untuk dimanfaatkan oleh bakal jemaah haji Malaysia pada musim haji akan datang, selaras dengan konsep “Daripada Jemaah, Untuk Jemaah.” Program itu akan bermula dari Ogos 2026 sehingga musim haji seterusnya, melibatkan aktiviti pengumpulan kain ihram terpakai di semua pejabat TH negeri dan pejabat cawangan TH terpilih. Selain itu, beliau berkata, inisiatif tersebut menyokong amalan ekonomi kitaran dengan memanfaatkan semula kain ihram terpakai. “Langkah ini memperkukuh komitmen penuh TH terhadap pemeliharaan alam sekitar, bukan sahaja dalam pengurusan haji malah pada setiap peringkat operasi. “Program ini selaras dengan aspirasi Saudi Vision 2030, kelestarian ihram yang menyokong usaha pengurangan sisa tekstil, pemeliharaan alam sekitar dan mengukuhkan ekonomi kitaran yang mampu menjana peluang pekerjaan,” ujarnya. Mustakim turut menyeru seluruh para jemaah haji dan umrah agar bersama-sama menjayakan program Haji Lestari dengan menyumbangkan kain ihram terpakai mereka. “Setiap sumbangan bukan sahaja menyokong usaha kelestarian, malah membolehkan manfaatnya diteruskan kepada bakal jemaah haji yang lain. “Kami berharap Haji Lestari akan menjadi model pengurusan pasca haji yang lestari, berimpak tinggi dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat serta alam sekitar,” katanya. – UTUSAN Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H) Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.