KAMIL MUNIM
Constituencies (0)
Electoral track record
Connections (2)
News sentiment over time
8 mentions across 2 months
News mentions
PM Anwar komited bantu selesai isu tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot - Kamil Munim
Perdana Menteri Anwar komited bantu selesai isu tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot - Kamil Munim
Why you’re seeing this: Mentions KAMIL MUNIM
PH Selangor digesa kaji semula kerjasama BN
Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor, Shahrul Adnan, berkata langkah itu perlu susulan tindakan BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional pada PRN Negeri Sembilan menentang PH di semua 36 DUN. Katanya, tindakan BN menunjukkan parti itu sanggup mengetepikan semangat kerajaan perpaduan apabila berdepan pilihan raya. “Jika BN bebas bekerjasama dengan PN untuk menentang PH di Johor dan Negeri Sembilan, mengapa PH perlu terus menganggap kerjasama dengan BN sebagai sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan?” katanya di Facebook. Pada 17 Julai lalu, Ketua Pemuda PKR, Kamil Munim, menegaskan wujud keperluan PH mengkaji semula hubungan dengan BN atas alasan gabungan itu sedang ‘gigih mencatur agenda’. Beliau menyifatkan tiada kejujuran daripada BN ketika negara memerlukan kestabilan untuk berdepan cabaran global. Pandangan Kamil menyusul tindakan BN merangka kerjasama dengan PAS menjelang PRN Negeri Sembilan, sekali gus terbuka berentap melawan PH walaupun membentuk kerajaan perpaduan di peringkat pusat. Sementara itu, Shahrul berkata kerjasama politik mesti dibina atas dasar saling menghormati, kepercayaan dan komitmen, bukannya berubah mengikut musim pilihan raya atau kepentingan politik semasa. Beliau berkata, gesaan itu bukan bertujuan menggugat kerajaan perpaduan atau menjejaskan kestabilan pentadbiran Selangor, sebaliknya mahu kepimpinan PH membuat penilaian semula secara jujur dan strategik terhadap bentuk kerjasama politik bersama BN. Katanya, PH perlu tegas dan konsisten dalam membuat keputusan politik terbaik demi kepentingan parti, penyokong serta rakyat. “Jika BN boleh membuat keputusan berdasarkan pertimbangan politik mereka, maka PH juga berhak menilai semula bentuk kerjasama sedia ada,” katanya. Shahrul berkata, tiba masa PH Selangor menilai sama ada kerjasama dengan BN masih relevan dan memberi manfaat kepada perjuangan parti serta selari aspirasi penyokong dan rakyat negeri itu. PH dan BN membentuk kerajaan Selangor selepas memenangi 34 daripada 56 DUN pada PRN 2023, manakala PN memperoleh 22 kerusi. Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.