19 mentions across 2 months
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan fasa baharu Program Haji Lestari yang akan memberi manfaat kepada bakal jemaah haji negara setelah berjaya mengumpulkan hampir 4,000 kilogram (kg) kain ihram terpakai di Tanah Suci. Kain ihram yang terkumpul telah diserahkan kepada Thoub Al-Ataa Charity Association, sebuah entiti yang dilesenkan oleh National Center for Waste Management, Arab Saudi untuk diproses melalui kaedah kitar semula terkawal yang selamat dan sistematik. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, sambutan terhadap inisiatif tersebut ketika musim haji baru baru ini amat menggalakkan apabila lebih 1,700 kg kain ihram berjaya dikumpulkan di Mina dan lebih 2,000 kg lagi di Makkah, Arab Saudi. “Kejayaan Haji Lestari Fasa 1 membuktikan kesedaran para jemaah haji Malaysia terhadap kepentingan kelestarian semakin meningkat. “Kain ihram yang dikumpulkan akan dikitar tinggi menjadi produk baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat serta bakal jemaah haji pada musim akan datang,” katanya dalam kenyataan. Haji Lestari Fasa 2 akan memberi tumpuan kepada pengumpulan kain ihram terpakai di Malaysia untuk diproses melalui kaedah kitar tinggi. Ia bagi menghasilkan pelbagai produk bernilai tambah seperti sejadah mini dan beg serbaguna untuk dimanfaatkan oleh bakal jemaah haji Malaysia pada musim haji akan datang, selaras dengan konsep “Daripada Jemaah, Untuk Jemaah.” Program itu akan bermula dari Ogos 2026 sehingga musim haji seterusnya, melibatkan aktiviti pengumpulan kain ihram terpakai di semua pejabat TH negeri dan pejabat cawangan TH terpilih. Selain itu, beliau berkata, inisiatif tersebut menyokong amalan ekonomi kitaran dengan memanfaatkan semula kain ihram terpakai. “Langkah ini memperkukuh komitmen penuh TH terhadap pemeliharaan alam sekitar, bukan sahaja dalam pengurusan haji malah pada setiap peringkat operasi. “Program ini selaras dengan aspirasi Saudi Vision 2030, kelestarian ihram yang menyokong usaha pengurangan sisa tekstil, pemeliharaan alam sekitar dan mengukuhkan ekonomi kitaran yang mampu menjana peluang pekerjaan,” ujarnya. Mustakim turut menyeru seluruh para jemaah haji dan umrah agar bersama-sama menjayakan program Haji Lestari dengan menyumbangkan kain ihram terpakai mereka. “Setiap sumbangan bukan sahaja menyokong usaha kelestarian, malah membolehkan manfaatnya diteruskan kepada bakal jemaah haji yang lain. “Kami berharap Haji Lestari akan menjadi model pengurusan pasca haji yang lestari, berimpak tinggi dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat serta alam sekitar,” katanya. – UTUSAN Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H) Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.
Why you’re seeing this: Mentions MARY YAP KAIN CHING
Kesatuan bomba Perancis memberi amaran tentang risiko bencana kesihatan akibat kekurangan peralatan perlindungan diri ketika memadam kebakaran hutan.
Artikel membandingkan amaran Fanon tentang elit tempatan dengan sejarah Tanah Melayu dan menyoal komitmen Umno terhadap Tabung Haji, menggunakan laporan RCI untuk menegaskan ketidakjujuran politik.
Kain jatuh atas pendawaian elektrik menyebabkan kebakaran kecil di Stesen Komuter Mid Valley.
Ismail menegaskan kempen harus berhemah dan menumpukan pada manifesto serta rekod perkhidmatan, manakala Aidil menolak serangan peribadi dan percaya pengundi akan membuat pertimbangan berdasarkan kestabilan.
Beberapa ekor kucing ditemui dengan kain direndam bahan mudah terbakar dan diikat pada ekor, dipercayai digunakan untuk menyebarkan kebakaran hutan di selatan Itali.
Mayat bayi dibalut kain ditemui di rumah sampah asrama IPT di Kuala Langat.
Mayat bayi perempuan dibuang di rumah sampah di rumah asrama IPT di Kuala Langat.
Mayat bayi ditemui di asrama IPT di Banting; seorang suspek berusia belasan tahun ditahan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka menamatkan perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia pada Ahad ini selepas hampir 35 tahun berkhidmat.
Ayob Khan jokes about opening a mamak restaurant after retirement, mentions a book launch, and reflects on his career.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka bersara pada Ahad ini selepas hampir 35 tahun berkhidmat. Beliau mungkin membuka restoran dan menulis sebuah buku lain mengenai operasi yang pernah dilakukannya.
Ribuan anggota keselamatan Itali berarak menuntut kenaikan gaji, pencen lebih tinggi dan perlindungan kerja yang lebih baik; mereka menolak perjanjian kerajaan yang dianggap tidak mencukupi.
Aktivis India menjalani mogok lapar selama 20 hari, dipaksa polis membawa ke hospital; gerakan sokongan dan mogok lain berkembang.
FIFA sedang menilai laporan perlawanan sebelum memutuskan tindakan tatatertib terhadap pasukan Argentina susulan tindakan pemainnya mempamerkan kain rentang isu tuntutan wilayah Kepulauan Falkland.
Pak Ali, seorang pencerita tradisional, berdepan kemerosotan minat generasi muda terhadap hikayat lisan. Seorang wartawan muda, Alif, datang mencari bahan budaya dan mendengar kisahnya, menonjolkan kepentingan memelihara warisan lisan.
Kain Lima, tekstil Melayu warisan, semakin sukar ditemui kerana penurunan penenun; pameran di Pasir Puteh mempamerkan warisan tersebut.
Pasangan kekasih mencetak kain rentang bertulis ‘the power of love’ di puncak Empire State Building, ditahan oleh polis.
Jenazah Ayatollah Ali Khamenei tiba di Grand Mosalla untuk upacara pengebumian yang dijangka dihadiri jutaan orang, termasuk wakil dari Pakistan, China dan Afghanistan. Upacara akan berlangsung Sabtu.