MOHD. SHAHID ARSHAD
Constituencies (0)
Electoral track record
| Year | Party | Votes | % | Majority | Result |
|---|---|---|---|---|---|
| 1969 | PMIP | 2,922 | — | — | Lost |
Connections (1)
News sentiment over time
5 mentions across 2 months
News mentions
Letupan gegar selatan Iran ketika AS lancar gelombang baharu serangan
Beberapa letupan dilaporkan di selatan Iran ketika tentera AS melancarkan serangan baharu, tiada butiran rasmi mengenai sasaran atau kerosakan.
Why you’re seeing this: Mentions MOHD. SHAHID ARSHAD
Jajaran jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao lancarkan pergerakan rentas sempadan
BUKIT KAYU HITAM: Jajaran jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand mula dibuka kepada orang ramai hari ini. Jajaran itu dibuka pada 6 pagi tadi, dijangka melancarkan pergerakan rentas sempadan serta mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama antara Malaysia dan Thailand, khususnya pada hujung minggu serta cuti umum. Tinjauan Bernama mendapati pergerakan trafik di laluan itu lancar dengan kebanyakan pengguna memberikan maklum balas positif terhadap pembukaan jajaran jalan baharu itu. Pengguna Mohd Faizal Ahmad, 42, dari Pulau Pinang berkata laluan itu dilihat lebih teratur dan memberikan keselesaan kepada rakyat negara ini yang ingin memasuki Thailand. “Sebelum ini, kesesakan agak teruk terutama ketika musim cuti sekolah. Saya percaya laluan baharu ini membantu mengurangkan kesesakan dan mempercepat perjalanan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Pemandu lori Wan Muhammad Shahid Wan Mohd Desa, 28, berkata laluan itu lebih lebar selain pengasingan kenderaan berat dan ringan dengan lebih sistematik ketika memasuki CIQ Sadao membantu melancarkan pergerakan. “Sebelum ini, kenderaan berat dari ICQS Bukit Kayu Hitam menuju Danok berkongsi laluan dengan kenderaan lain menyebabkan kesesakan teruk semasa keluar masuk ke Thailand. Jadi laluan baharu ini diharapkan mengurangkan masalah ini,” katanya. Rakyat Thailand yang sering berulang-alik ke Malaysia Mat Li Daman, 59, berkata CIQ Sadao yang baharu lebih luas dan selesa serta dilengkapi kemudahan yang lebih baik untuk urusan dokumentasi termasuk pengisytiharan kemasukan kenderaan. “Bangunan baharu lebih besar berbanding kaunter lama yang sempit. Semoga kemudahan ini memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Thailand Anutin Charnvirakul merasmikan jajaran jalan baharu yang menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao. Ia dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan operasi sempadan, mempercepat pergerakan rakyat dan barangan serta merancakkan aktiviti perdagangan serta pelancongan rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand. Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda.