REBIN BIRHAM
Constituencies (0)
Electoral track record
Connections (1)
News sentiment over time
9 mentions across 2 months
News mentions
One seat, four candidates: Jeram Padang stands out in Negeri Sembilan polls as only four-way clash
Jeram Padang is the only seat in the Jempol state constituency to witness a four-cornered contest in the 16th Negeri Sembilan State Election, with Serting and Palong seeing three-cornered contests and Bahau set for a straight fight.
Why you’re seeing this: Mentions REBIN BIRHAM
Jeram Padang saingan empat penjuru, Serting dan Palong tiga penjuru
JEMPOL: Persaingan tiga penjuru bakal mewarnai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting dan Palong, manakala DUN Jeram Padang menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Penyandang DUN Serting, Fairuz Isa dari Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan saingan daripada Yaacob Mahmood (Pakatan Harapan) dan Muhammad Noraffendy Mohd. Salleh (Bersatu). Sementara itu, DUN Palong turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandangnya, Datuk Mustapha Nagoor (BN) yang akan dicabar Zahin Zinal Abidin (PH) dan Rebin Birham (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Bagi DUN Jeram Padang pula, saingan empat penjuru dijangka berlaku antara penyandangnya, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir (BN), calon PH, G. Manivannan, R. Sri Sanjeevan (Bersatu) dan Dayana Dal daripada Parti Orang Asli Malaysia. Pada PRN lalu, Mohd. Zaidy berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 693 undi sekaligus menjadikan DUN berkenaan antara kerusi marginal di Negeri Sembilan. Sementara itu, DUN Bahau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya, Teo Kok Seong (PH) dan Chong Fui Ming (BN). Pengumuman rasmi calon bagi keempat-empat kerusi berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agus Suyub di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol sebentar tadi. – UTUSAN Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H) Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.