TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Constituencies (0)
Electoral track record
| Year | Party | Votes | % | Majority | Result |
|---|---|---|---|---|---|
| 1969 | UMNO | 15,468 | — | — | Won |
| 1964 | UMNO | 17,109 | — | — | Won |
Connections (4)
News sentiment over time
3 mentions across 1 month
News mentions
Habib lancar Koleksi Merdeka terbaharu
Habib menganjurkan Kempen Merdeka Habib dari 1 hingga 31 Ogos 2026 di semua bilik pamerannya untuk meraikan warisan budaya tempatan dengan pelancaran Koleksi Merdeka, Koleksi Tengkolok dan Koleksi Wafer Emas 999.9 MY Corak.
Why you’re seeing this: Mentions TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
PM seru generasi muda hayati sejarah, erti kemerdekaan
Berucap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 (MPBKKJG 2026) hari ini, Anwar berkata perjuangan yang menuntut darah, keringat dan air mata pejuang kemerdekaan terdahulu perlu mengajar rakyat menghargai kesenangan yang dinikmati masa ini. “Hari ini, kita dapat memulakan tradisi yang bukan sekadar membanggakan, tetapi memaknai erti kemerdekaan. Kita memulakan dengan mengimbau lembaran sejarah, kemudian menyemarakkan dengan mengibarkan bendera sebagai tanda persamaan kita dan seterusnya mengorak langkah memastikan masa depan yang lebih cerah dan gemilang. “Pahit getir perjuangan yang sukar dengan darah, keringat dan air mata. Gabungan ketiga-tiga inilah yang menghasilkan kemerdekaan. Jadi, anak-anak jangan lupa perkara ini,” katanya. Hadir sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dan Menteri Besar Perak Saarani Mohamad. Sementara itu, Anwar mengingatkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum supaya tidak memberikan ruang kepada sebarang usaha untuk memecahbelahkan perpaduan yang sekian lama menjadi tunjang kekuatan negara. Beliau berkata, kekuatan Malaysia terletak pada kemampuan rakyat menghormati perbezaan kepelbagaian kaum di negara ini. “Kekuatan Melayu bersama Cina, India, Dayak, Kadazan itu juga harus ada. Jangan izinkan orang memperkotak-katikkan dan memecahbelahkan kita kerana negara ini merdeka dengan kekuatan bersama semua rakyat Malaysia,” katanya. Anwar turut menyeru rakyat supaya menghayati semula cogan kata kemerdekaan ‘Bersekutu Bertambah Mutu’, yang menurut beliau kekal relevan sebagai asas membina sebuah negara bangsa yang bersatu. “Tunku Abdul Rahman (Putra) Al-Haj, perdana menteri yang pertama kemerdekaan Tanah Melayu dan Malaysia, dia pilih apa motonya, ‘Bersekutu Bertambah Mutu’. Bersekutu kerana semua berbeza, berbeza kaum, berbeza agama, berbeza budaya dan wilayah. Tetapi kalau kita berpakat, bersekutu, (akan) bertambah mutu. Itu logik yang sudah dikenali,” katanya. Dalam majlis itu, Anwar menyerahkan bendera Jalur Gemilang berukuran 6×12 kaki persegi kepada pasukan sembilan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia bagi upacara menaikkan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelancaran. Majlis dihadiri kira-kira 3,000 tetamu diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Rukun Negara serta nyanyian medley lagu patriotik. Perdana menteri kemudian meluangkan masa menyantuni tetamu sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026) berjudul Aku Berjanji, nyanyian dan ciptaan penyanyi terkenal Faizal Tahir. Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.