Adun yang mengangkat sumpah ialah Mohd Hairi Mad Shah (Larkin), Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah), Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh) dan Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir).
Turut mengangkat sumpah ialah Md Israk Abdullah (Kukup), P Pannir Selvam (Perling), Hasrunizah Hassan (Pulai Sebatang) dan Muhammad Naqib Md Ghazali (Panti).
Pelantikan barisan exco bagi penggal baharu itu menyaksikan empat muka baharu, iaitu Md Israk, Pannir, Hasrunizah dan Naqib.
Majlis istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Mohammed Ridha Abd Kadir.
Ahad lepas, Onn Hafiz yang juga Adun Machap mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRN Johor ke-16.
Onn Hafiz, yang juga pengerusi BN Johor, memenangi kerusi DUN Machap pada PRN Johor Sabtu lepas dengan majoriti 15,375 undi.
PRN Johor yang berlangsung Sabtu lepas menyaksikan BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN, sekali gus diberi mandat membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
Free Malaysia Today·4d agoEN50%Neutral
Read more