Bekas timbalan ketua Bahagian Penyelidikan AGC antara 17 dilantik pesuruhjaya kehakiman
Mereka yang dilantik terdiri daripada Norhayati Ahmad, 60; Zaman Mohd Noor, 57; Elesabet Paya Wan, 55; Azhar Othman, 54; Helina Sulaiman, 55; Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, 57; Suraiya Mustafa Kamal, 51; Nor Azizah Mohamad, 55; Ku Hayati Ku Haron, 52; dan Tan Swee Cheng, 54.
Selain itu, tokoh lain dilantik termasuk Chan Kheng Hoe, 54; Ariff Azami Hussein, 50; Marianne Antoinette Ghani, 55; Wan Azliana Wan Adnan, 50; Mohamad Nor Azam Rashid Zainol Rashid, 55; Kalwant Singh Sujan Singh, 60; dan Kumar Thangaraju, 57.
Kesemua mereka menerima surat cara pelantikan masing-masing daripada Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam satu majlis di Istana Kehakiman hari ini, sebelum mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya Hashim Hamzah.
Tokoh-tokoh dilantik mempunyai pengalaman luas dalam badan kehakiman, di AGC, profesion guaman dan pelbagai badan berkaitan perundangan,
Norhayati, yang berasal dari Kuala Lumpur, sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan ketua Bahagian Penyelidikan di AGC, manakala Zaman merupakan Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.
Elesabet merupakan pengarah Mahkamah Negeri Melaka, manakala Azhar berkhidmat sebagai pengarah Mahkamah Negeri Johor. Tengku Amir Zaki pula pernah menjadi pengerusi Mahkamah Perusahaan Cawangan Johor, manakala Suraiya berkhidmat sebagai timbalan pengerusi Tribunal Rayuan Kastam.
Sementara itu, Nor Azizah merupakan ketua Unit Jenayah Seksual dan Keganasan Domestik, Bahagian Pendakwaan AGC, manakala Ku Hayati pernah menjadi pengarah Pejabat Pendakwaan Negeri Sembilan.
Marianne pernah menganggotai Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara Sabah, manakala Wan Azliana sebelum ini merupakan rakan kongsi sebuah firma guaman sebelum dilantik sebagai ahli Tribunal Antigangguan Seksual di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ariff Azami, Mohamad Nor Azam, Kalwant Singh, Kumar, Tan Swee Cheng, dan Chan Kheng Hoe sebelum ini merupakan peguam.
Turut hadir pada majlis itu, Presiden Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Azizah Nawawi dan Peguam Negara Dusuki Mokhtar.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
Why you’re seeing this: Mentions Azami Mohd Nor