
Stanley Tan
Biography
N.45 STULANG • JOHOR. Berusia 54 tahun, Stanley bersekolah di SJK(C) Foon Yew 2 dan Sekolah Menengah Tasek Utara. Seperti ramai anak Johor Bahru dari keluarga berpendapatan rendah, Stanley membuat keputusan bekerja di Singapura selepas sekolah menengah dan berulang alik setiap hari dari JB ke Singapura. Beliau mula bekerja dengan syarikat logistik di Lapangan Terbang Changi dan menguruskan hantaran syarikat-syarikat logistik dunia seperti UPS dan DHL. Selepas 7 tahun berulang alik bekerja di Singapura, Stanley kembali bekerja di Johor Bahru. Beliau bermula sebagai eksekutif kanan pemasaran hartanah dengan syarikat pembangunan hartanah seperti Mulpha International Holdings. Jawatan terakhir beliau adalah pengurus pemasaran hartanah di Nusa Damai, sebelum menyertai Rahim & Co dan akhirnya membuka firma ejen hartanah sendiri. Sebelum BERSAMA, Stanley adalah pegawai khidmat masyarakat Cina di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru.
Constituencies (1)
Electoral track record
News sentiment over time
2 mentions across 2 months