Pencalonan tunggal bagi jawatan itu dikemukakan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir mewakili Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sebelum sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Terdahulu, Nur Jazlan dan Mussodak Ahmad dilantik semula sebagai Senator bagi penggal kedua serta mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
Pelantikan semula Nur Jazlan pula merupakan lantikan semula oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh berkuat kuasa mulai 15 Jun 2026 hingga 14 Jun 2029 manakala Mussodak merupakan perkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun, bermula 20 Mac 2026 hingga 19 Mac 2029.
Nur Jazlan, 60, yang juga ahli majlis kerja tertinggi Umno dan ketua Umno Pulai, sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan yang di-pertua Dewan Negara sejak Jun 2023.
Beliau juga pernah memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri dari tahun 2015 hingga 2018 serta menjadi Ahli Parlimen Pulai bagi tempoh 2004 hingga 2018.
Sementara itu, Musoddak, merupakan setiausaha PAS Negeri Kedah dan pernah bertanding di kerusi DUN Bayu serta DUN Guar Chempedak.
Beliau mula dilantik sebagai Senator mewakili DUN Kedah bagi penggal pertama pada Mac 2023.
Menurut takwim Parlimen, persidangan Dewan Negara bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 10 hari bermula 20 Julai sehingga 4 Ogos.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
Free Malaysia Today·15d agoEN50%Neutral
Read more