Biography
Hasrunizah Hassan is a Malaysian politician serving as the State Assemblywoman for Pulai Sebatang in Johor since March 2022. She is a member of UMNO and holds leadership roles in the party's women's wing at both state and division levels.
Constituencies (1)
Electoral track record
| Year | Party | Votes | % | Majority | Result |
|---|---|---|---|---|---|
| 2022-JOHOR | UMNO | 12,473 | — | — | Won |
| 2022 | BN | 12,473 | 50.06% | — | Won |
Connections (4)
News sentiment over time
38 mentions across 8 months
News mentions
‘Fulfilling election manifesto in phases’ - The Star
‘Fulfilling election manifesto in phases’ - The Star
Why you’re seeing this: Mentions Hasrunizah Hassan
Exco Johor: 6 kekal, 4 muka baharu
JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan senarai 10 barisan Exco kerajaan negeri, dengan sebahagian besar daripadanya kekal manakala empat muka baharu ditampilkan. Onn Hafiz membuat pengumuman itu di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di sini semalam. Mereka yang kekal adalah Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai; Mohamad Fazli Mohamad Salleh (DUN Bukit Pasir); Mohd. Hairi Mad Shah (DUN Larkin); Mohd. Fared Mohd. Khalid (DUN Semerah); Lee Ting Han (DUN Paloh); Ling Tian Soon (DUN Yong Peng). Muka baharu yang ditampilkan adalah Md. Israk Abdullah (DUN Kukup); Dr. Muhammad Naqib Ghazali (DUN Panti); Hasrunizah Hassan (DUN Pulai Sebatang) dan P. Pannir Selvam (DUN Perling). Onn Hafiz berkata, pelantikan jawatan Exco ini bukan satu keistimewaan, sebaliknya satu amanah yang besar kepada rakyat negeri ini. “Saya ingatkan mereka bahawa ini bukan masa berbulan madu, mandat yang diberikan rakyat perlu diterjemahkan kepada perkhidmatan cekap sekali gus meneruskan agenda Maju Johor 2030. “Kita perlu bekerja lebih fokus dan berkesan untuk membina Johor yang maju dan makmur, kerajaan negeri ini akan bela semua kaum, Melayu, Cina, India dan juga Orang Asli. Kita semua bangsa Johor,” katanya. Terdahulu, kesemua barisan Exco Johor yang baharu selesai menghadiri Majlis istiadat angkat sumpah jawatan di Istana Bukit Serene, di sini di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. Sementara itu, mereka yang digugurkan daripada senarai Exco adalah K. Raven Kumar, Aznan Tamin, Datuk Zahari Sarip dan Khairunnisa Ismail. Ahad lepas, Onn Hafiz yang memenangi kerusi DUN Machap telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut, selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN. – UTUSAN Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H) Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.